Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2014

Udang Breadcrumbs

Gambar
Udang Breadcrumbs Bahan-bahan 10 ekor udang harimau / udang putih besar 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 sudu besar kicap cair 1 sudu kecil minyak bijan secubit garam 1/2 sudu besar tepung jagung Celupan 3 sudu besar breadcrumbs 1 biji telur - pukul ringan Cara-cara : 1.  Buang kulit udang dan tinggalkan bahagian ekor sahaja.  Kemudian belah belakang tapi jangan sampai putus, keluarkan kotorannya. 2.  Cuci dan toskan. Susun di atas tisu dapur untuk keringkan airnya. 3.  Kemudian gaul dengan bahan-bahan lain hingga rata.  Perap sebentar. 4.  Panaskan minyak yang banyak, celup udang satu persatu dalam telur dan salut dengan breadcrumbs. 5.  Goreng hingga keperangan.  Angkat dan toskan. 6.  Hidang bersama daun salad, daun bawang dan sos kegemaran. Udang Breadcrumbs

Bakwan / Cucur Sayur-sayuran

Gambar
Bakwan / Cucur Sayur-sayuran Sumber :  Tahrunisah Jali FB Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung ubikayu 1 - 1 1/2 cawan air - anggaran 2 sudu teh garam atau secukup rasa 2 biji bawang merah besar dipotong dadu 1 1/2 genggam kobis yang dihiris halus 1 batang lobak di potong memanjang halus Setangkai daun bawang atau daun kucai Segenggam tauge Sedikit serbuk kunyit Sedikit serbuk cili - jika suka pedas Bahan Perasa - Tumbuk Halus 2 sudu besar ikan bilis halus 1 1/2 sudu teh ketumbar 3/4 sudu teh lada putih atau serbuk lada sulah 3 ulas bawang putih Cara-caranya : 1.  Satukan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi sebatikan kemudian masukkan air dan bahan tumbuk, serbuk kunyit, serbuk cili dan dan garam. 2.  Kemudian masukkan sayuran yang telah ditoskan airnya terlebih dahulu.  Kacau sebati. 3.  Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, sudukan adunan tersebut dalam minyak.  Adunan ni agak cair dan meleper bila di goreng.  Goreng hingga keku

Kek Keju Oreo Dingin / No Bake Oreo Cheesecake

Gambar
Kek Keju Oreo Dingin / No Bake Oreo Cheesecake Sumber : Olahan dari Kek Keju Oreo Azlita Aziz Bahan Dasar 200gm biskut oreo - buang krim dan kisar halus 50gm mentega - di cairkan Bahan Krim Keju 250gm krim keju - suhu bilik 80gm gula kaster 100gm coklat masakan putih 250gm krim putar tenusu 15gm halal gelatin 50ml air 1 sudu teh esen vanila 2 paket biskut oreo dengan krim - patah 4 Loyang 8in - Loose Base Tin (di gris mentega cair) Cara-cara : Dasar :   Gaul biskut oreo dengan mentega sedikit demi sedikit hingga rata dan boleh di kepal.  Masukkan ke dalam loyang dan tekan padat.  Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau jika ingin dasar yang ranggup, bakar selama 10 minit di dalam ketuhar, biarkan sejuk. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur dengan gelatin dan biar mengembang.  Kemudian cairkan secara double boiler hingga larut.  Ketepikan. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler.  Ketepikan. Putar krim keju dan gula hingga rata dan tidak berketul.  Masukkan coklat masakan

Udang Firecraker Thai

Gambar
Udang Firecracker Thai Bahan-bahan 20 ekor udang sederhana besar - buang kulit dan tinggalkan ekornya 2 sudu besar sos pad Thai atau sos lain yang di sukai 10 keping kulit popia saiz kecil 1 biji putih telur sebagai pelekat Cara-cara : 1.  Potong tiga segi kulit popia. 2.  Keringkan udang di atas tissue dapur.  Kemudian kelar sedikit bahagian bawahnya supaya udang tidak merengkok. 3.  Sapu udang dengan sos pad Thai hingga rata. 4.  Ambil sekeping kulit popia, letak udang di atasnya, kemudian gulung 1 kali, lipat penjuru bahagian atas, kemudian gulung.  Sapu bahagian hujung tepi kulit popia dengan putih telur dan gulung dengan kemas.  Buat hingga habis. 5.  Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kekuningan. 6.  Hidang bersama salad dan sos cili Thai. Udang Firecraker Thai

Spageti Primavera

Gambar
Spageti Primavera Resipi :  Chef Riz@Prego Bahan-bahan 2 tin sos Carbonara Cendawan Prego 300gm 2 sudu besar minyak zaitun 4 ulas bawang putih - cincang 3 ulas bawang merah india - belah 4 1/3 lobak merah, dadu 1 batang zucchini, dadu 1/3 capsicum, dadu sedikit hirisan kobis ungu jika suka 8 biji tomato ceri - belah 2 100gm cendawan Shimeji / cendawan butang Setangkai daun bawang, hiris 2 sudu besar mentega sedikit parutan keju Parmesan garam dan lada hitam secukup rasa 200gm spageti di rebus dengan sedikit minyak zaitun hingga lembut.  Toskan. Cara-cara : 1.  Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun hingga layu dan beraroma.  Masukkan lobak merah, zucchini, capsicum dan kobis ungu, masak sebentar. 2.  Tuangkan sos carbonara cendawan ke dalam periuk serta cendawan dan tomato ceri.  Renihkan selama 4 minit. 3.  Akhir sekali masukkan sedikit keju Parmesan dan mentega.  Taburkan daun bawang ke dalam periuk dan angkat. 4.  Sediakan spageti di dalam pingan dan tuangkan sos s

Roti Jejari Keju / Cheese Breadsticks

Gambar
Roti Jejari Keju / Cheese Breadsticks  Sumber :  FB RASA Malaysia Bahan Water Roux 25gm tepung roti (2 sudu makan) 125ml air Bahan Basah 1 biji telur pukul ringgan 65ml air 80gm water roux (2 sudu makan) Bahan Kering 1 sudu teh garam 30gm gula (2 sudu makan) 195gm tepung roti (high protein) 90gm tepung gandum 14gm susu tepung ( 2 1/2 sudu makan) 6gm yis segera (2 sudu teh) 3 sudu besar mentega tawar Sapuan :  1 biji kuning telur + 1 sudu besar susu sejat Taburan :  Mozzarella / Cheddar cheese secukupnya, Daun parsley kering Cara Menyediakan Water Roux : Satukan tepung dan air, kacau rata.  Masak dengan api perlahan hingga menjadi pes. Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan plastik supaya tidak kering.  Biarkan sejuk. Cara-cara Menyediakan Roti : 1.  Masukkan semua bahan basah ke dalam mangkuk pengadun.  Kemudian masukkan garam dan gula terlebih dahulu baru di ikuti oleh bahan-bahan kering dan akhir sekali baru masukkan yis. 2.  Gaul semua bahan kecuali mentega dengan kelajuan perlaha

Lempeng Ubikayu / Cassava Pancake

Gambar
Lempeng Ubikayu / Cassava Pancake Bahan-bahan 500gm ubikayu parut 100gm kelapa parut putih 2 sudu besar tepung pulut 1 sudu besar gula pasir 1/4 sudu teh garam 2-3 sudu besar air Cara-cara : 1.  Satukan kesemua bahan, gaul rata.  Masukkan air sedikit sedikit hingga menjadi adunan yang lembut, tidak keras atau cair. 2.  Leser kuali non stick 4in dengan sedikit mentega.  Masukkan sedikit adunan, ratakan dan tekan2 sedikit. 3.  Masak dengan api perlahan hingga bahagian bawah perang, baru di terbalikkan. 4.  Biarkan setika sehingga kedua permukaan menjadi perang. Lempeng Ubikayu / Cassava Pancake

Roti Sarang Lebah / Beehive Bread

Gambar
Roti Sarang Lebah / Beehive Bread Resipi :  LydiaHoney FB Sumber :  Madihaa Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 1/2 sudu kecil yis segera 1/4 sudu teh garam halus 1/2 sudu teh baking powder 1 sudu besar gula halus. 1/4 cawan plain yogurt - suhu bilik 1/4 cawan minyak jagung 1/2 cawan air suam Sapuan - 1 biji kuning telur + sedikit susu sejat Bahan Tabur -  Badam Hiris dan kuaci serta bijan Cara-cara : Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik. Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal. Tumbuk doh buang anginnya.  Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai. Tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal. Sapukan dengan kuning telur. Taburkan di atasnya dengan badam,kuaci dan bijan. Bakar sehingga masak. Sos Butterscotch Bahan-bahan 1/2 cawan gula perang 1/2 cawan whipping cream Secubit garam 1/2 tsp essen vanila 25 gm ment

Biskut Cantik Manis

Gambar
Biskut Cantik Manis Bahan-bahan 200gm mentega 60gm gula aising - ayak 1 sudu kecil esen vanila 230gm tepung gandum 30gm nestum - kisar halus 2 sudu besar tepung beras Kuning telur untuk sapuan Gula pasir kasar untuk taburan Cara-cara : 1.  Pukul mentega, esen vanila dan gula hingga berkrim.  Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan doh selama 10-15 min dalam peti sejuk. 2.   Masukkan doh ke dalam piping bag dengan  nozzle bergerigi no. 864 dan picit membentuk bulatan. 3.  Sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur dengan gula pasir. 4.  Bakar di dalam loyang yang bergris pada suhu 160C di rak tengah selama 15-20 minit. 5.  Biarkan sejuk, dan hias mengikut suka. Biskut Cantik Manis

Biskut Bangkit Cheese

Gambar
Biskut Bangkit Cheese Resipi :  Diana FRD Sumber :  AlongRoz@HomeKreation Bahan-bahan 250g Mentega 180g Gula Aising 2 Kuning Telur 250g Tepung Ubi - sanggar 10 min 225g Tepung Jagung 1/2 sudu teh baking powder 1/4 sudu teh garam - K1 tk letak 70g Parutan Keju Cheddar Parutan Keju - utk hiasan Cara-cara : Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.  Masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli hingga sebati. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai. Susun di dalam loyang yang bergris, sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur dengan parutan keju di atasnya. Bakar di rak tengah pada suhu 160C selama 15-20 minit.  Biskut Bangkit Cheese

Apam Bakar Kelantan

Gambar
Apam Bakar Kelantan Bahan-bahan 300 gram tepung beras 130 gram gula pasir 1/2 sudu teh garam 2 sudu kecil  yis segera 1 sudu kecil lada hitam* 2 ulas bawang merah* 1/2 inci halia* 1/2 inci lengkuas* 200ml air* 200ml santan/susu segar 5-6 biji pisang emas 4 ketul tapai ubikayu lembut Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus dan gaul bersama) Cara-cara :- 1. Kisar bawang merah, halia, lengkuas dan lada hitam dengan 200ml air.  Kemudian tapis.  Ketepikan.  2.  Lecek pisang, tapai, garam dan gula hingga halus.  Masukkan tepung beras dan gaul hingga rata.  3.  Tuang santan dan gaul hingga sebati.  Masukkan air kisaran tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi seperti adunan pankek.  Masukk yis segera, gaul rata.  Tutup mangkuk adunan dengan plastik dan rehatkan selama 1-2 jam atau lebih hingga adunan menjadi ringan dan berbuih. 4.  Panaskan non-stick pan bersaiz 4in dengan sedikit majerin.  Tuang satu senduk adunan dan masak dengan api perlahan hingga permukaan atas berbuih dan kering,