Pulut Manis Citrawarna
Pulut Manis Citrawarna
Bahan-bahan
1kg beras pulut
1kg santan pekat
800gm gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit garam
pewarna merah dan hijau
1 sudu kecil esen rose
1 sudu kecil esen pandan
Cara-cara :
1. Rendam pulut selama 2 jam. Toskan.
2. Kemudian kukus pulut selama 45 minit. Angkat dan bahagikan kepada 3 bahagian.
3. Masak santan, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bahagikan kepada 3 bahagian.
4. Lapisan Bawah : Ambil satu bahagian pulut dan satu bahagian santan. Masukkan ke dalam periuk bersama pewarna merah dan esen rose. Kacau hingga bergumpal dan tidak melekat di tepi periuk.
5. Ambil sedikit pulut berwarna merah dan masukkan ke dalam acuan. Tekan padat.
6. Lapisan Tengah : Ambil satu bahagian pulut dan satu bahagian santan. Masukkan ke dalam periuk dan kacau hingga bergumpal dan tidak melekat di tepi periuk.
7. Ambil sedikit pulut tanpa warna dan lapiskan ke atas lapisan bawah.
8. Lapisan Atas : Ambil satu bahagian pulut dan satu bahagian santan. Masukkan ke dalam periuk bersama pewarna hijau dan esen pandan. Kacau hingga bergumpal dan tidak melekat di tepi periuk.
9. Ambil sedikit pulut dan lapiskan pada bahagian atas menjadi tiga lapisan, merah, putih dan hijau, hias mengikut kreativiti.
Pulut Manis Citrawarna
Komentar
Posting Komentar