Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2014

Ayam Goreng Gajus

Gambar
Ayam Goreng Gajus Bahan-bahan 200gm isi ayam di hiris nipis 1 biji putih telur 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil minyak bijan 1 sudu besar kicap cair sedikit serbuk lada putih 4 batang jagung muda - hiris serong 4 tangkai cili kering - di gunting 2 batang daun bawang - hiris 1cm halia - hiris halus 1 sudu besar sos tiram 25gm biji gajus  yang di sangai 1 sudu kecil tepung jagung larutkan dengan 3 sudu besar air (pemekat)   Cara-cara : 1.  Gaul isi ayam bersama putih telur, tepung jagung, minyak bijan, kicap cair dan serbuk lada putih.  Perapkan sebentar. 2.  Kemudian goreng hingga ayam kekuningan.  Angkat dan ketepikan. 3.  Tumis halia hingga naik bau, masukkan sos tiram, cili kering dan ayam tadi. 4.  Kemudian masukkan jagung muda, biji gajus dan campuran tepung jagung dan air.  Masak sebentar.  Angkat dan hidangkan dengan daun bawang dan parutan lobak merah jika suka.

Kek Buah Kukus Chef Zubaidah

Gambar
Kek Buah Kukus Chef Zubaidah Resepi : Che Zubaidah Sumber :  Mas / KNor  Bahan-bahan 225gm mentega - K1 (250gm) 340gm gula pasir - K1 (250gm) 50ml air panas 500gm mixed fruits 3 biji telur A 1 sudu teh esen vanila Bahan Ayak 350gm tepung gandum - K1 (360gm) 2 sudu teh soda bikarbonat - K1 (1 sudu teh) 1 sudu teh cream of tartar 1 sudu kecil serbuk buah pala Loyang 7x7in - (K1 guna loyang 9in - di alas dan di gris dasar dan kelilingya) Cara-cara : 1.  Masak gula pasir hingga perang, tutup api dan masukkan air panas perlahan-lahan, tuang di bahagian tepi periuk supaya tidak terpercik.  Masukkan mentega dan biarkan mentega cair. 2.  Masukkan mixed fruits dan biarkan mendidih seketika.  Ketepi dan sejukkan sebentar. 3.  Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam mixed fruit dan gaul hingga rata menggunakan sudip kayu. 4.  Dalam bekas lain, pukul telur hingga berbuih dengan hand mixed.  Kemudian tuang ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.  Jika adunan lika

Kuih Bakar Betawi / Bingka Betawi

Gambar
Kuih Bakar Betawi / Bingka Betawi Bahan-bahan 200gm tepung gandum 50gm tepung kastard 100gm gula pasir 300gm tapai ubikayu manis dan lembut 300ml santan KARA atau santan kotak 300ml air 1 sudu besar mentega cair 1/2 sudu teh garam 2 biji telur A - pukul ringan 50gm parutan keju kraft 50gm parutan keju untuk taburan Cara-cara : 1.  Satukan tepung gandum dan tepung kastard.  Ketepikan 2.  Potong tapai kecil2, masukkan ke dalam pengisar bersama gula, air, santan dan garam.  Kisar hingga halus.  Masukkan ke dalam bekas. 3.  Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit, sambil di kacau dengan hand mixer hingga rata, masukkan telur, parutan keju dan mentega cair, kacau hingga sebati. 4.  Leser loyang dengan mentega cair, panaskan hingga minyak berdesir.  Kemudian tuangkan adunan hingga penuh. 5.  Bakar selama 10 minit di rak tengah pada suhu 190C, keluarkan dari ketuhar, tabur dengan parutan keju di atasnya.  Bakar semula selama 20 minit hingga atasnya keperangan. 6.  Biarkan sejuk sebelum

Daging Goreng Kacang Sepat

Gambar
Daging Goreng Kacang Sepat Bahan-bahan 300gm daging lembut 10-15 tangkai kacang sepat 1 sudu besar sos tiram 2 ulas bawang putih - cincang 1 in halia - hiris halus 1 sudu besar minyak untuk menumis 1 sudu besar stok ayam maggie 1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar Bahan (Perap) 1/2 sudu besar sos hoisin 1 sudu kecil minyak bijan 2 sudu besar tepung jagung Cara-cara : 1.  Hiris nipis daging, perap dengan bahan perapan selama 15 minit. 2.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick.  Goreng hirisan daging, sambil di balik2kan hingga masak.   Angkat dan ketepikan. 3. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.  Masukkan sos tiram dan stok ayam.  Kemudian masukkan daging.  Gaul rata. 4.  Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan kacang sepat.  Goreng sebentar dan sedia di hidang.

Kek Lapis Keju Oreo

Gambar
Kek Lapis Keju Oreo Bahan A 12 biji kuning telur B 6 biji putih telur 250gm gula kaster 270gm tepung Hong Kong 30gm serbuk horlicks 2 sudu kecil ovalete 1 sudu kecil esen vanila Bahan B - Adunan Keju 250gm krim keju 3 sudu besar susu pekat manis 1 sudu teh lemon paste Bahan C- Adunan Biru 250gm mentega 3 sudu makan susu pekat manis pewarna biru atau yang di sukai Bahan D 2-3 bungkus biskut oreo dengan krim [message] Loyang 8 x 8in di alas dasar dan gris [message] Cara-cara Bahan A 1. Pukul kuning telur, putih telur, gula kaster, esen vanila dan ovalete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.  Perlahankan mixer, masukkan tepung dan serbuk horlicks sedikit demi sedikit hingga bergaul rata. 2.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 3.  Satu bahagian di adun bersama bahan B (Adunan Keju) dan satu bahagian lagi di adun bersama bahan C. (Adunan Biru) 4.  Bahagikan Adunan Biru kepada 2 bahagian, untuk lapisan atas dan bawah. 5.  Ambil 6 sudu besar adunan biru, ratakan ke dalam loyang

Kentang Panggang / Roasted Potatoes

Gambar
Kentang Panggang / Roasted Potatoes Bahan-bahan 2 biji kentang yukon emas 2 biji kentang merah 2 sudu besar mentega cair 2 sudu besar minyak zaitun daun parsley kering 2 sudu kecil bawang putih goreng sedikit garam dan serbuk lada putih Cara-cara : 1.  Potong kesemua kentang mengikut saiz yang di kehendaki. 2.  Gaul bersama minyak zaitun, mentega cair, bawang putih goreng, garam dan serbuk lada putih hingga rata. 3.  Alas dulang oven dengan aluminium foil, masukkan kentang dan bakar pada suhu 200C selama 15 minit.  Keluarkan dulang dari oven, balik2 kan ubi kentang supaya masak dengan rata. 4.  Bakar semula selama 10-15 minit sehingga kentang keperangan dan lembut. 5.  Angkat dan tabur dengan parsley kering atau parutan keju jika suka. ** Bole juga menggunakan jenis kentang yang lain.. Kentang Panggang / Roasted Potatoes

Kek Lapis Coklat Strawberry

Gambar
Kek Lapis Coklat Strawberry Bahan A 480gm mentega tulen 14 biji kuning telur 150gm gula kaster 5 sudu besar susu pekat manis 2 sudu kecil ovalette 230gm tepung hong kong 1 sudu kecil baking powder Bahan B 6 biji putih telur 1/4 sudu teh cream of tartar 120gm gula kaster Bahan C 20gm serbuk koko - ayak 1 sudu besar coklat emulco Bahan D 2 sudu kecil strawberry emulco 50gm strawberry filing atau jem yang halus Pewarna merah Loyang 8 x 8 in di alas dan gris dasarnya. Cara-cara : 1.   Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan. 2.   Satukan mentega, gula kaster, susu pekat dan ovalette. Pukul hingga berkrim.  Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul hingga rata dan sebati. 3.   Masukkan adunan mentega ke dalam mangkuk besar, kemudian masukkan tepung dan kaup balikkan hingga sebati. 4.   Satukan bahan B, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan kental. 5.   Kaup balikkan ke dalam adunan tadi hingga rata. 6.   Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.  1 bahagian di masu

Ayam Panggang Kalasan

Gambar
Ayam Panggang Kalasan Bahan-bahan 1 ekor ayam kampung, potong besar 1 in lengkuas - di ketuk 2 batang serai - di ketuk 700ml santan pekat garam secukupnya 1/2 keping gula melaka - racik halus Hirisan timun dan daun salad Bahan kisar 7 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 biji buah keras 1 sudu besar biji ketumbar 1/2 sudu teh jintan halus Sambal limau 5 tangkai cili merah 2 biji limau nipis - ambil jus 1 sudu teh serbuk belacan garam dan gula merah secukupnya (Tumbuk atau kisar cili hingga halus, perasakan dengan garam, serbuk belacan, gula dan perahan jus limau) Cara-cara : 1.  Masak santan bersama lengkuas dan serai yang di ketuk.  Masukkan bahan kisar dan biarkan mendidih hingga terbit minyak.  Perasakan dengan garam dan gula merah secukupnya. 2.  Masukkan ayam, tutup periuk dan masak dengan api kecil hingga kuah meresap dan kuah menjadi pekat. 3.  Tutup api, keluarkan ayam dan panggang di atas bara api atau oven.  Lumur dengan kuahnya ketika membakar dan bakar hingga keperangan.

Cake Pop / Pop Kek

Gambar
Cake Pop Iklan Entri Untuk maklumat lanjut mengenai peralatan kek dan biskut, resepi dan petua masakan yang praktikal, lawati facebook Dapur Jasmin di http://facebook.com/dapurjasmin Di sini, Dapur Jasmin berkongsi resepi Cake Pop yang amat popular di negara Barat, ia di sediakan utnuk majlis perkahwinan, party harijadi dan sebagainya. Cake Pop bukan sahaja sedap bersalut coklat dengan aneka hiasan dari coklat rice, manik hundred thousand yang berwarni warni yang di hias begitu comel dan menarik, memeriahkan suasana hidangan, tetamu pasti tertawan.  Pengunjung Resipicitarasawan silakan mencuba resepi yang senang tapi menarik ini. :) *---------------------------------------------------------------------------------------------* Nak buat Cake Pop, senang je. Cuma perlu 5 langkah. 1. Bakar Kek Cake Pop seperti arahan di bawah. 2. Campur cream cheese dan bentuk kek yang diramas menjadi bulat. 3. Simpan dalam peti 6 jam. 4. Bulatkan. Cucuk batang lollipop dan celup coklat. 5. Hiaskan ikut

Ketam Sumbat Berkeju

Gambar
Ketam Sumbat Berkeju Bahan-bahan 2 ekor ketam bunga 100gm udang - cincang 100gm isi ikan merah - cincang 2 ulas bawang merah - hiris 2 ulas bawang putih - hiris 1 tangkai cili merah - cincang 1 tangkai daun bawang - hiris garam dan lada putih secukupnya 2 sudu besar mayonis 100gm keju mozarella Cara-cara : 1.  Cuci dan keluarkan kulit ketam, kemudian rebus.  Tos dan keluarkan isi ketam.  Ketepikan kulitnya. 2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.  Masukkan isi udang, ikan, ketam dan cili.  Masak sebentar. 3.  Kemudian masukkan secubit garam dan lada sulah.  Angkat dan gaulkan dengan mayonis. 4.  Masukkan inti ke dalam kulit ketam dan tabur dengan parutan keju mozarella di atasnya. 5.  Bakar di dalam oven selama 10 minit hingga keju mencair.  Hidang bersama sos cili. Ketam Sumbat Berkeju