Postingan

Menampilkan postingan dari Oktober, 2013

Kari Ikan ala Goa CMG

Gambar
Kari Ikan Ala Goa GMG Sumber :  CMG@Tiffinbiru Bahan-bahan 600gm ikan tenggiri 3 biji tomato* 3 biji cili hijau* 3 camca besar serbuk ketumbar* 3 camca besar serbuk jintan putih* 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus) 2 biji bawang besar, dicincang 3 ulas bawang putih, dicincang 1 inci halia, dicincang 1/2 camca besar biji sawi 4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan) 500 ml santan (200ml santan kotak + 300 ml air) 1/2 cawan jus asam jawa 2 biji tomato, belah 3 setiap satu 1 tangkai daun kari Garam dan gula secukup rasa Cara-cara : 1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. 2. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. 3. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. 4. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika

Ayam Panggang Tandoori

Gambar
Ayam Panggang Tandoori Bahan-bahan 1 ekor ayam seekor atau di potong Bahan Perap 1 inci halia 1 labu bawang putih 3 sudu kecil garam 2 sudu besar cili boh 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk lada putih 1/2 sudu besar cuka / jus lemon 1 sudu besar garam masala 100gm yoghurt Pewarna oren Cara-cara : Ayam di bersihkan, Tumbuk/kisar halia dan bawang putih.  Kemudian campurkan bersama cuka, garam masala, lada putih, pewarna oren dan yogurt.  Lumur hingga rata pada ayam dan perap semalaman dalam peti sejuk sebelum di panggang. Chutney Daun Ketumbar 100gm daun ketumbar, cincang kasar 3 biji cili hijau - cincang 5 ulas bawang putih - cincang 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil jus lemon 1 sudu kecil gula merah Cara :  Masukkan semua ke dalam pengisar dan 2-3 sudu besar air dari peti sejuk.  Kisar sebentar tetapi tidak terlalu halus.  Simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.  Tahan 2-3 hari, hidang bersama ayam tandoori.  Ayam Panggang Tandoori

Puding Kiwi

Gambar
Puding Kiwi Lapisan Susu 2 sudu kecil rata serbuk agar-agar 450ml susu cair 80gm gula pasir 1/4 sudu teh garam 2 titis pewarna lemon yellow Lapisan Kiwi 2 1/2 sudu kecil rata serbuk agar-agar 4 biji buah kiwi yang lembut (kupas, kisar dgn 250ml air, tapis) 250ml air 120gm gula pasir 1/8 sudu teh garam 2 titis  pewarna hijau apple Hiasan :  2 biji buah kiwi belah 2 dan hiris 4 buah bekas puding Cara-cara : 1.  Satukan bahan lapisan susu dan masak hingga mendidih.  Bahagikan kepada 2 bahagian. 2.  Tuang satu bahagian setinggi 1cm di dalam 4 bekas puding.  Biarkan hampir beku.  Ketepikan satu bahagian lagi untuk lapisan atas. 3.  Atur buah kiwi yang di potong di atas lapisan agar-agar mengelilingi bekas puding.  Ketepi dan cakar sedikit permukaannya jika sudah beku. 4.  Untuk lapisan kiwi, satukan air, gula, garam, serbuk agar-agar dan jus kiwi.  Masak hingga mendidih.  Menggunakan belakang sudu, tuang perlahan-lahan ke dalam acuan melepasi hirisan buah kiwi.  Masukkan sebentar di dalam p

Kerabu Ikan Kerapu

Gambar
Kerabu Ikan Kerapu Bahan-bahan 1 ekor ikan kerapu sederhana 1 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu kecil serbuk lada putih sedikit garam atau secukup rasa 1 sudu besar sos ikan 2 sudu besar sos plum 2 ulas bawang besar merah 1 kuntum bunga kantan 4-5 biji cili padi 4 biji limau kasturi - ambil jusnya Daun pudina Cara-cara : 1.  Bersihkan ikan, asingkan tulang dan isinya.  Potong dadu besar isi ikan dan gaul dengan tepung jagung, serbuk lada putih dan sedikit garam.  Ketepikan. 2.  Goreng terendam tulang ikan untuk hiasan.  Toskan dan letakkan di dalam pinggang. 3.  Goreng isi ikan hingga keperangan.  Letakkan di dalam pinggan berisi tulang tadi. 4.  Untuk kerabunya, hiris halus bawang merah, cili padi dan bunga kantan.  Gaulkan bersama sos ikan, sos plum dan jus limau kasturi hingga rata.   Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya. 5.  Kemudian taburkan kerabu ke atas isi ikan tadi.  Letakkan daun pudina dan sedia di hidang. Kerabu Ikan Kerapu

Ayam Panggang Madu

Gambar
Ayam Panggang Madu Sumber :  Amie's Little Kitchen TQVM Amie :D Bahan-bahan 1 ekor ayam sederhana - bersih dan toskan Bahan A 5cm halia - kisar 5 biji bawah putih - kisar 1 sudu makan sos ayam pekat Maggi 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan sos hoisin - K1 tambah 2 sudu makan minyak bijan Bahan B 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos ayam pekat Maggi 3 sudu makan madu Cara-cara : 1.  Lumur ayam dengan bahan A dan perap selama 4 jam atau sebaiknya semalaman dalam peti sejuk. 2.  Panggan di dalam oven pada suhu 190C selama 40-50 minit (bergantung pada oven) 3.  Keluarkan ayam panggang dan sapu dengan bahan B. 4.  Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit. 5.   Tutup api oven dan keluarkan.  Sedia untuk di hidang

Kek Lapis Kukus Kelasi Mabuk

Gambar
Kek Lapis Kukus Kelasi Mabuk Sumber :  HaSue / Alongroz@Homekreation Resipi :  Puan Lynda Hj Taiban Bahan Adunan Hijau 450gm mentega tulin 200gm horlicks 14 biji kuning telur A 6 putih telur 150gm gula kaster 150gm tepung gandum / tepung Hongkong 2 sudu teh esen vanila 1 botol 35gm pandan emulco + pewarna hijau secukupnya Loyang 9 x 9in di alas dan di gris dasarnya. Cara-cara : 1.  Pukul telur dan gula hingga kembang.   Masukkan mentega dan pukul hingga kembang dan putih. 2.  Masukkan esen vanila, tepung, serbuk horlicks, pandan emulco dan pewarna. 3.  Gaul hingga sebati.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 4.  Kukus 1 bahagian di dalam pengukus yang telah di panaskan dahulu selama 30 minit. 5.  Selepas tempoh 20 minit mengukus, bancuhkan adunan putih telur.  (ini untuk mengelakkan adunan putih telur terlalu lama dan berair jika di sediakan lebih awal) 6.  Bila lapisan pertama masak, ratakan adunan putih telur di atasnya.  Kukus selama 30 minit. 7.  Akhir sekali, tuang lapisan hijau