Belebat Ubi Keledek


Belebat Ubi Keledek

Bahan-bahan
160gm tepung beras
220gm gula
250gm ubi keledek (dipotong kecil-kecil))
3 biji pisang emas masak di lecek
400ml santan KARA
400ml air
1/2 sudu teh garam halus
Daun pisang secukupnya di layur dahulu

Cara-cara :
1. Rebus ubi keledek sekejap. Setelah masak, angkat dan ditos airnya. Ketepikan.
2. Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula. Tapis kedalam kuali dan masak sambil di kacau sehingga pekat.
3. Selepas itu masukkan pisang emas dan ubi keledek.  Kacau hingga rata dan sebati.


4. Ambil 1 sudu besar adunan,  letakkan di atas daun pisang yang telah dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.  Bungkus hingga habis.
5. Akhir sekali kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.


7. Sedia untuk dinikmati.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kerabu Buah Beka

Ondeh-Ondeh Pulut Hitam

Acar Timun Asam Boi