Lasagna Daging


Lasagna Daging

Bahan-bahan
4 keping lasagna instant
400gm daging kisar
2 biji tomato di dadu
8 biji cendawan butang di potong dadu
1 labu bawang besar di dadu
4 ulas bawang putih dicincang
1 botol tomato puri (200gm)
2 cawan air
1/3 cawan minyak masak
50gm mentega
sedikit herba rosemary, oregano dan lada sulah
garam secukup rasa
1 tangkai leek dipotong setebal 1/2cm
150gm keju mozarella parut
50gm keju cheddar parut



Untuk Sos Putih
80gm tepung gandum
250ml  air
250ml susu segar
50gm mentega
sedikit garam

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak dan mentega, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2.  Masukkan daging kisar, secawan air dan tomato, kacau hingga rata.  Biarkan mendidih kemudian masukkan lobak merah, cendawan, tomato puree, herba, lada sulah, garam dan secawan lagi air.  Kacau hingga rata dan biarkan mendidih selama beberapa ketika.  Angkat dan ketepikan.


3.  Untuk membuat sos putih, satukan tepung, air dan  susu, kisar sebentar didalam pengisar.  Panaskan mentega didalam kuali non stick, tuangkan adunan tepung dan garam, kacau tapi henti hingga pekat.  Angkat.


4.  Untuk membuat lasagna berlapis, mulakan lapisan pertama dengan menyusun leek di dalam mangkuk kaserol atau loyang aluminium empat segi yang digris kemudian tuangkan tiga senduk sos putih ke atasnya sehingga rata.


5.  Untuk lapisan kedua, susun  sekeping lasagna ke atas sos.  Masukkan inti daging.  Ratakan dan taburkan dengan keju parut.



6.  Untuk lapisan ketiga dan keempat, ulangi cara yang sama hingga habis.
7.  Bakar pada suhu 190C selama 30 minit.  Bila permukaan keju keperangan, bakar dengan gril bawah sahaja selama 15 lagi sehingga masak.  Hidangkan panas-panas.

*** Lapisan lasagna bergantung kepada mangkuk / loyang yang digunakan, jika loyang lebih besar susun 2 keping lasagna setiap lapisan.  


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish

Kek Blueberry

Ondeh-Ondeh Pulut Hitam