Kek Lapis Betawi Pelangi / Kek Lapis Rempah Pelangi
Kek Lapis Betawi Pelangi / Kek Lapis Rempah
Bahan A
300gm mentega
150gm gula kastor
14 biji kuning telur
6 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Bahan B
150gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
Bahan C
180gm tepung Hong Kong
2 sudu teh serbuk rempah campuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna yang disukai
Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)
Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in
Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang.
4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.
6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Warnakan setiap satu dengan warna yang berlainan. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang.
7. Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi. Tekan lapisan ini agar rata.
8. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.
9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan atas lapisan kek tadi. Bakar dgn api atas sahaja hingga kek masak. Buatkan proses melapis seperti ini sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar.
10. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.
Kek Lapis Betawi Pelangi / Kek Lapis Rempah Pelangi
Komentar
Posting Komentar