Kuih Lapis Asli
Kuih Lapis Asli
Bahan-bahan :
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubikayu
1 cawan gula pasir
600 ml santan pekat
800 ml air
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah dan putih
Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula, garam, santan dan air dalam sebuah mangkuk. Gaul hingga adunan sebati. Tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Warnakan merah dan putih
3. Panaskan loyang dalam pengukus. Tuangkan dua senduk adunan merah dalam loyang. Tutup periuk kukus dan kukus 5 - 10 minit
4. Tuangkan pula adunan putih dan kukus 5 minit. Buatlah cara yang sama hingga adunan habis. Lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.
5. Apabila kuih telah masak, angkat dan sejukkan.
Komentar
Posting Komentar