Kuih Bakar Jagung
Sumber : resipi citarasawan
Bahan-bahan :
1 cawan gula (200gm)
2 cawan tepung (250gm)
300 ml santan pekat
400 ml air
3 biji telur
2 sudu besar minyak sapi, dicairkan
1/2 tsp garam
1/4 tsp pewarna kuning
1 tin jagung cream
Cara-cara :
1. Sebatikan semua bahan, kecuali jagung cream kacau dengan whisk hingga rata, tapis. Kemudian masukkan jagung cream.
2. Leser acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c.
3. Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, dan bakar selama 35 minit atau hingga masak dan kekuningan. Sejukkan sebelum dipotong.
Komentar
Posting Komentar