Cappuccino Cheesecake (Chilled)
Cappuccino Cheesecake (Chilled)
Bahan A (Base)
1 1/2 cwn tepung gandum @ 210gm
1/2 cwn serbuk koko @ 50gm
1/2 cwn gula perang @ 100gm
1/2 cwn @ 125gm mentega dilembutkan
50gm badam nibs (optional)
atau 200gm biskut oreo di hancurkan digaul bersama 50gm mentega cair hingga sebati, tekan padat dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit. (jika mahukan base yang rangup, bakar selama 10 minit pada suhu 160c dan sejukkan.
Bahan A : Gaulkan semua bahan base diatas menjadi seperti serbuk roti, tekan adunan hingga rata dan padat kedalam springfoam pan 9 in. Bakar 15min pada suhu 170C. Ketepikan.
Bahan B (Bahagian Bawah)
250gm cream cheese
3/4 cwn @ 130gm gula castor
1 cwn whipping cream (diputar sedikit hingga nampak pekat)
1 1/2 sdb gelatin dicampur 3 sdb air (rendam dulu baru dimasak secara double boiler hingga cair)
1 sdb esen cappuccino
1/2 cwn chocolate rice
Bahan C (Bahagian Atas)
250gm cream cheese
3/4 cwn @ 130gm gula castor
1 cwn whipping cream (diputar sedikit hingga nampak pekat)
1 1/2 sdb gelatin dicampur 3 sdb air (rendam dulu baru dimasak secara double boiler hingga cair)
1 sdt esen vanila
1/2 cwn chocolate rice @ 100gm
Cara
1. Lapisan Bawah : Bahan B, Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan tidak berketul-ketul, masukkan gelatin yang masih panas, gaul rata.
2. Kaup balikkan dengan whipping cream, esen cappuccino, dan chocolate rice.
3. Tuangkan keatas (A) Base, sejukkan kedalam peti sejuk biar set dulu lebih kurang 20minit
4. Lapisan Atas : Bahan C, Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan tidak berketul-ketul, masukkan gelatin yang masih panas, gaul rata
5. Kaup balikkan dengan whipping cream, esen vanila dan chocolate rice. Tuangkan keatas (B).
6. Simpan dlm peti sejuk selama 6 jam atau semalaman. Potong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap baru di potong.
Komentar
Posting Komentar