Karipap
Sumber : resipi citarasawan
Bahan-bahan doh:
600 gm tepung gandum
130 gm majerin
150 ml air
1/2 sudu teh garam
Bahan-bahan inti :
7 biji kentang/keledek bersaiz sederhana, dipotong dadu kecil-kecil
100 gm daging cincang
1/2 biji bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar serbuk kari
air secukupnya
garam dan perasa secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
Daun sup di cincang jika suka
Cara membuat doh :
1. Air dan garam dilarutkan.
2. Gaulkan majerin ke dalam tepung hingga menjadi seperti serbuk roti. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh.
3. Uli sebentar hingga doh agak licin, rehatkan doh 15 minit. Tutup bekas dengan plastik.
4. Canai nipis doh dan terap dengan penerap bulat. Buat sehingga habis.
5. Ambil sekeping doh yang di canai letak di tengah acuan karipap dan masukkan inti di tengahnya. Sapu sedikit air di bahagian tepi baru ditangkupkan acuan karipap dan buang lebihan di kelilingnya.
6. Jika tidak menggunakan acuan, kelim bahagian tepinya sehingga habis.
7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
8. Jika ingin menyimpan karipap di dalam peti sejuk, sapu sedikit minyak dan susun dan alas dengan plastik di dalam bekas supaya tidak melekat. Simpan di tempat beku.
Cara membuat inti :
1. Tumiskan bawang hingga kuning dan masukkan serbuk rempah kari.Masukkan daging dan biarkan ia empuk. Tambah sedikit air.
2. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air dan biarkan ia masak perlahan-lahan.
3. Apabila air telah kering, masukkan garam dan perasa. Angkat apabila kentang telah empuk. Sejukkan sebelum digunakan.

Komentar
Posting Komentar