Postingan

Kek Blueberry

Gambar
Kek Blueberry Bahan-bahan 2 biji telur A 210 gm gula pasir 1 cawan sour cream 1/2 cawan mentega cair / minyak sayur 1/4 sudu teh garam 2 cawan tepung gandum 2 sudu teh baking powder 2 sudu besar jus lemon 2 sudu besar parutan kulit lemon 450 gm blueberry atau campuran blueberry, strawberry dan raspberry 1 sudu besar tepung jagung Loyang 9 in atau acuan muffin di gris Cara-cara : Gaul blueberry dengan tepung jagung hingga rata.  Ketepikan. Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan gula dan kacau hingga gula larut. Masukkan sour cream, jus lemon, parutan kulit lemon dan mentega cair, kacau hingga sebati. Masukkan tepung dan baking powder yang di ayak dan whisk hingga rata. Ratakan 1/2 adunan ke dalam loyang. Tabur dengan 1/2 blueberry. Kemudian ratakan baki adunan hingga habis. Akhir sekali, tabur dengan baki buah blueberry hingga rata. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu selama 40 - 45 minit hingga masak. Nota :  Sour Cream boleh di gantikan dengan buttermilk Buttermilk 1 cawan

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi

Gambar
Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi Bahan-bahan 1 3/4 cawan parutan ubikayu 1/4 cawan kelapa parut muda 1/2 cawan gula pasir 2 sudu besar tepung ubikayu 1/2 sudu teh garam 1 cawan santan pekat (kotak) 1 sudu kecil serbuk vanila atau esen rose Pewarna yang di sukai Bahan Salutan / Taburan Kelapa parut, kukus sebentar, gaul sedikit garam Bijan putih - sangai Kacang tanah - sangai dan tumbuk kasar Piring atau pinggan kecil di oles sedikit minyak atau di lapik daun pisang Cara-cara : Satukan semua bahan kecuali pewarna.  gaul rata hingga sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna yang di sukai. Tuang setiap satu adunan ke dalam piring kecil dan ratakan. Kukus selama 15 minit hingga masak. Setelah sejuk, potong jalur memanjang menggunakan pisau plastik. Jika jalur terlalu panjang, boleh di potong dua. Golek di dalam kelapa parut. Masukkan ke dalam pinggan, tabur dengan bijan dan kacang tanah jika suka. Nota : Untuk menghilangkan toksin pada ubikayu, selepas di buang kuli

Sunquick Tropical Soda Blue Punch

Gambar
Sunquick Tropical Soda Blue Punch Recipe by Kak Wan Bahan-bahan 1 botol kecil Sunquick Tropical 1 botol air soda biru Moutain Dew 1 tin kecil tropical fruits cocktail, tapis airnya 1 sudu besar biji selasih, rendam dan tapis Ketulan ais secukupnya Cara-cara : Sediakan gelas tinggi atau mangkuk punch Tuang 2 sudu besar jus oren di dasar gelas. Masukkan ketulan ais di ikuti tropical fruits cocktail. Kemudian tuang air soda biru perlahan-lahan supaya tidak bercampur. Akhir sekali masukkan biji selasih, kacau sebelum di minum. Sunquick Tropical Soda Blue Punch

Puding Keju Oren Sunquick

Gambar
Puding Keju Oren Sunquick Recipe by Kak Wan Bahan-bahan Lapisan Keju 200 ml susu segar 100 ml air 50 gm gula pasir 1 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar 50 gm krim keju, 10 gm gula pasir (putar) Cara-cara : Putar krim keju dan gula pasir hingga licin.  Ketepikan. Satukan air, serbuk agar-agar dan gula pasir.  Masak hingga gula larut. Masukkan susu segar, masak dengan api kecil. Ambil 2 senduk larutan agar-agar, masukkan ke dalam adunan keju. Kacau hingga keju licin dan tidak berketul. Tuang adunan keju ke dalam periuk agar-agar dan masak dengan api kecil sebentar. Tuang ke dalam gelas dessert, simpan sebentar di dalam peti sejuk hingga beku. Setelah beku, masukkan fruits cocktail secukupnya. Akhir sekali, tuang lapisan agar-agar oren di atasnya. Simpan di dalam peti sejuk hingga agar-agar beku. Lapisan Oren 400 ml air 2 sudu teh serbuk agar-agar 60 gm gula pasir 2 sudu besar Sunquick Tropikal 1 tin kecil fruits cocktail, tapis airnya Cara-cara : Masak air, agar-agar dan gula hingga mendidi

Ikan Masin Masak Lemak Cili Api

Gambar
Ikan Masin Masak Lemak Cili Api Bahan-Bahan 3 keping nenas - potong 2 keping ikan kurau masin, rendam dan bilas beberapa kali 2 cawan santan sederhana pekat 1 cawan santan pekat 2 batang serai - diketuk 3 ulas bawang merah 10 tangkai cili padi 1 inci kunyit hidup atau kunyit serbuk Cara memasak Kisar halus bawang, kunyit dan cili padi. Masukkan ke dalam periuk bersama kepingan ikan masin, nenas dan serai. Masak sebentar, tuang santan sederhana pekat dan masak hingga mendidih. Kacau perlahan-lahan supaya tidak pecah minyak selama 5 minit. Setelah mendidih, masukkan santan pekat. Reneh sebentar dan sedia di hidang Ikan Masin Masak Lemak Cili Api

Talam Kastard Jagung

Gambar
Talam Kastard Jagung Bahan Lapisan Bawah 1 cawan jagung manis berkrim dalam tin 1 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung kastard 2 cawan santan pekat 1/2 cawan gula Sedikit pewarna kuning Bahan Lapisan Atas 1 cawan tepung beras 2 cawan santan pekat 1/2 sudu teh garam halus Loyang 8in di gris dan di alas plastik tahan panas atau acuan lompang di gris minyak Cara Membuatnya : Satukan bahan lapisan atas kecuali jagung krim. Tapis ke dalam periuk atau kuali.  Masak dengan api kecil hingga naik wap, Masukkan jagung, kacau hingga rata. Tuang adunan lapisan bawah ke dalam loyang dan kukus 20 minit. Buka tutup pengukus sekali sekala dan lap air pada penutup supaya tidak jatuh pada permukaan kuih. Satukan bahan lapisan atas, tapis ke dalam periuk. Masak atas api kecil hingga naik wap Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit pemukaannya. Kemudian tuang perlahan-lahan adunan lapisan atas.  Kukus semula 20 minit,  Buka penutup kukus sekali sekala dan lap air pada penutup supaya tidak jatuh p

Nasi Ayam Ala Thai yang sangat sedap

Gambar
Nasi Ayam Ala Thai yang sangat sedap Bahan Nasi 3 pot beras Jasmine / Beras Wangi Thai, cuci dan toskan. 4 1/2 cawan air rebusan ayam. 2 inci halia, ketuk 4 biji bawang putih bakar, ketuk 2 helai daun pandan 1 sudu kecil minyak bijan 4 sudu besar marjerin 1 sudu besar garam. Panaskan majerin, tumis halia, bawang putih dan daun pandan hingga wangi.  Masukkan beras dan kacau hingga rata.   Pindahkan ke periuk nasi, masukkan air rebusan ayam dan garam. Kacau rata dan tunggu sehingga masak. Bahan Ayam 4 ketulan ayam (thigh dan drumtick) dengan kulit, cuci bersih. 2 liter air 1 sudu besar serbuk pati ayam KNORR 1 inci halia, ketuk 2 ulas bawang putih bakar, ketuk (bersama kulitnya) 2 tangkai akar ketumbar 1 sudu besar garam Bekas berisi air ais Cara-cara : Masukkan ayam ke dalam periuk bersama semua bahan. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Toskan ayam dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk (air ais), supaya isi ayam segar dan tidak terlebih masak.  Kemudian toskan. Simpan ai