Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2018

Kek Blueberry

Gambar
Kek Blueberry Bahan-bahan 2 biji telur A 210 gm gula pasir 1 cawan sour cream 1/2 cawan mentega cair / minyak sayur 1/4 sudu teh garam 2 cawan tepung gandum 2 sudu teh baking powder 2 sudu besar jus lemon 2 sudu besar parutan kulit lemon 450 gm blueberry atau campuran blueberry, strawberry dan raspberry 1 sudu besar tepung jagung Loyang 9 in atau acuan muffin di gris Cara-cara : Gaul blueberry dengan tepung jagung hingga rata.  Ketepikan. Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan gula dan kacau hingga gula larut. Masukkan sour cream, jus lemon, parutan kulit lemon dan mentega cair, kacau hingga sebati. Masukkan tepung dan baking powder yang di ayak dan whisk hingga rata. Ratakan 1/2 adunan ke dalam loyang. Tabur dengan 1/2 blueberry. Kemudian ratakan baki adunan hingga habis. Akhir sekali, tabur dengan baki buah blueberry hingga rata. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu selama 40 - 45 minit hingga masak. Nota :  Sour Cream boleh di gantikan dengan buttermilk Buttermilk 1 cawan

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi

Gambar
Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi Bahan-bahan 1 3/4 cawan parutan ubikayu 1/4 cawan kelapa parut muda 1/2 cawan gula pasir 2 sudu besar tepung ubikayu 1/2 sudu teh garam 1 cawan santan pekat (kotak) 1 sudu kecil serbuk vanila atau esen rose Pewarna yang di sukai Bahan Salutan / Taburan Kelapa parut, kukus sebentar, gaul sedikit garam Bijan putih - sangai Kacang tanah - sangai dan tumbuk kasar Piring atau pinggan kecil di oles sedikit minyak atau di lapik daun pisang Cara-cara : Satukan semua bahan kecuali pewarna.  gaul rata hingga sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna yang di sukai. Tuang setiap satu adunan ke dalam piring kecil dan ratakan. Kukus selama 15 minit hingga masak. Setelah sejuk, potong jalur memanjang menggunakan pisau plastik. Jika jalur terlalu panjang, boleh di potong dua. Golek di dalam kelapa parut. Masukkan ke dalam pinggan, tabur dengan bijan dan kacang tanah jika suka. Nota : Untuk menghilangkan toksin pada ubikayu, selepas di buang kuli

Sunquick Tropical Soda Blue Punch

Gambar
Sunquick Tropical Soda Blue Punch Recipe by Kak Wan Bahan-bahan 1 botol kecil Sunquick Tropical 1 botol air soda biru Moutain Dew 1 tin kecil tropical fruits cocktail, tapis airnya 1 sudu besar biji selasih, rendam dan tapis Ketulan ais secukupnya Cara-cara : Sediakan gelas tinggi atau mangkuk punch Tuang 2 sudu besar jus oren di dasar gelas. Masukkan ketulan ais di ikuti tropical fruits cocktail. Kemudian tuang air soda biru perlahan-lahan supaya tidak bercampur. Akhir sekali masukkan biji selasih, kacau sebelum di minum. Sunquick Tropical Soda Blue Punch