Postingan

Menampilkan postingan dari September, 2017

Sup Gear Box PPC All in one HD2137

Gambar
Sup Gear Box PPC All in one HD2137 Bahan bahan 2 kg kaki lembu siap potong 1/3 air paras periuk Bahan  1 batang kulit kayu manis 2 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 5 ulas bawang merah di hiris 1 ulas bawang putih di hiris 1 sudu besar rempah kurma / rempah sup 1 bunjut sup 1 inci halia - hiris kasar Garam secukup rasa Bahan Hidangan 3 biji cili padi - hiris Tomato - hiris Limau nipis Bawang goreng Daun bawang dan daun sup - hiris Cara cara Masukkan tulang dan air ke dalam pressure cooker.  Tutup dan (Seal)   Setkan masa 30 minit dan on kan fungsi Pressure dan start. Bila selesai, keluarkan tekanan fungsi (Vent) hingga wap habis dan buka penutup. Dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia.  Masukkan bawang hiris dan rempah sup.  Tumis hingga bawang layu. Tuang bahan tumis dan masukkan bunjut sup ke dalam pressure cooker. Masukkan sedikit air, perasakan dengan garam secukupnya, Tekan fungsi Sear Low Temp dan terus memasak dengan penutup terbuka selama 1

Korean Bulgogi

Gambar
Korean Bulgogi Bahan-bahan 500g daging, hiris nipis 1 labu bawang besar, hiris Bahan Perap 5 ulas bawang putih, parut 1 1/2 inci halia, parut 1 sudu kecil cuka 3 sudu besar gula perang / gula pasir 4 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos lada hitam 1 sudu kecil kicap cair 1 sudu besar minyak bijan 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil cili flakes / paprika Sedikit garam Bahan Taburan Daun bawang hiris Bijan di sangai Penyediaan : Gaul daging bersama bahan perap hingga rata,  Perap selama 3 jam. Masak di atas nonstick fry pan atau grill.  Letak sekeping sekeping bersama bawang hiris semasa dibakar.  Masak hingga kering atau sedikit lembab. Angkat dan tabur daun bawang dan bijan. Hidang bersama nasi atau di bungkus di dalam daun salad. Korean Bulgogi

Steak Daging Mudah

Gambar
Steak Daging Mudah Bahan-bahan 4 potong daging steak 1 1/2in tebal 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk bawang putih 1 sudu besar minyak zaitun Daging di ketuk sedikit kelilingnya dengan hulu pisau, kemudian taburi garam, serbuk lada di kedua belah hingga rata.  Rengis sedikit minyak dan perap selama 1 jam. Panggang di dalam oven atau di atas bara api hingga separa masak (medium well) atau sepenuh masak (well done). Cadangan Hidangan Kentang Goreng Kentang Putar Brocoli / Jagung / Carrot / Kacang Buncis Sos lada hitam Sos Lada Hitam / Black Pepper Sauce Bahan-bahan 2 sudu besar mentega 3 ulas bawang putih dicincang 3 sudu besar lada hitam dikisar 2 cawan air rebusan ayam 1/2 tin cendawan butang dikisar 3 sudu besar HP sos @ sos perang 1 sudu besar kicap hitam 1 sudu kecil Westershire Sos 1/2 cawan krim masakan Garam dan gula sebagai perasa Cara-cara  Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, masu

Roti John

Gambar
Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam 2 cawan daging cincang 2 ulas bawang merah, cincang 4 ulas bawang putih, cincang 3 sudu besar rempah kari daging 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih Penyediaan : Bancuh rempah kari, jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air, kacau rata. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan putih hingga keperangan. Masukkan bancuhan rempah tadi, kacau sebentar hingga rata. Masukkan daging dan kacau hingga daging berubah warna. Tambah air paras daging dan masak dengan api sederhana sehingga air hampir kering. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa, boleh tambah 1/2 ketul kiub ayam jika suka. Kacau sehingga daging lembut dan masak, biar berkuah sedikit dan tidak terlalu kering. Bahan-bahan Roti panjang atau roti sosej bujur, belah tengah jangan putus Mentega atau marjerin untuk sapuan Bawang merah cincang halus Daun bawang, hiris halus 2 biji telur Inti daging atau ayam Kepingan keju jika suka Hirisan daun salad, t

Dendeng Daging

Gambar
Dendeng Daging Bahan-bahan 1 kilo daging lembu dipotong ketulan sederhana besar Rebus daging hingga berubah warna, jangan sampai lembut. Angkat dan toskan airnya, simpan air rebusan untuk di guna kemudian. Ketulan daging di hiris nipis, kemudian ketuk ringan dengan ulu lesung supaya leper.  Ketepikan. Bahan Hiris 10 ulas bawang merah 7 ulas bawang putih 1 inci halia Goreng bahan hiris hingga keperangan.  Toskan. Simpan minyaknya untuk menumis. Bahan Tumis 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 5 helai daun limau purut diramas2 3 batang serai di ketuk 2 - 3 sudu besar cili kisar 1/2 sudu teh serbuk jintan manis 1/2 sudu teh serbuk jintan putih 1 sudu teh serbuk ketumbar Bahan Perasa 2 sudu besar kicap hitam 1/2 cawan kicap lemak manis gula dan garam secukupnya 1 sudu kecil pes asam jawa Air rebusan daging secukupnya Penyediaan : Guna minyak gorengan bawang, goreng hirisan daging hingga permukaannya sedikit kehitaman. Angkat dan toskan. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan lebih k

Penne Pasta Marinara

Gambar
Penne Pasta Marinara Bahan-bahan 300 g penne pasta Sedikit garam 100 g udang, buang kulit, tinggalkan bahagian ekor 100 g sotong, potong bulat Serbuk lada hitam secukupnya 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih 1 sudu besar minyak zaitun 2 sudu besar mentega 1 sudu besar  bawang putih yang dicincang Parutan keju Parmesan Daun parsley Tomato Cherry Lemon Penyediaan : Rebus pasta dan sedikit garam hingga mendidih mengikut arahan pada paket.  Toskan. Gaul udang, sotong dengan secubit garam, lada hitam dan serbuk bawang putih. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun, masukkan udang dan sotong, goreng sebentar saja.  Angkat dan ketepikan. Bersihkan kuali, kemudian cairkan mentega dengan api sedang. Tumis bawang putih cincang hingga naik bau. Akhir sekali masukkan pasta, parutan keju, seafood, dan  tomato.  Gaul rata hingga keju cair. Hidang bersama taburan daun parsley, rengisan lada hitam dan tambahan parutan keju dan perahan jus lemon. Penne Pasta Marinara

Kerabu Buah Beka

Gambar
Kerabu Buah Beka Bahan-bahan 1 biji buah beka 1 ekor ikan kembung - bakar ambil isinya 1 cawan kelapa parut, goreng hingga perang 5 sudu besar santan pekat atau santan kotak (panaskan dahulu) 2 sudu kecil lada hitam 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 2 biji limau nipis 1 sudu besar budu Garam dan gula secukup rasa Bahan Hiris 3 tangkai daun kesum 2 ulas bawang merah Cara-cara : Buang bahagian tepi kulit beka dan hiris nipis-nipis,  Kemudian celur sebentar hingga kulitnya menjadi lembut. Toskan dan masukkan ke dalam bekas besar bersama hirisan daun kesum dan bawang hiris. Tumbuk lada hitam hingga hancur, masukkan bawang merah, bawang putih, gula dan garam,  tumbuk lagi hingga lumat, Masukkan kelapa goreng dan tumbuk hingga kelapa hancur. Akhir sekali, masukkan isi ikan, tumbuk ringan dan gaul rata. Masukkan ke dalam bekas berisi buah beka dan gaul rata. Masukkan santan pekat, perasakan dengan budu dan perahan jus limau.  Tambah garam dan gula jika perlu. Rasa manis, masin dan masam

Satay Uyghur

Gambar
Satay Uyghur Bahan-bahan 1kg daging (bahagian yang berlemak) 1/2 cawan minyak masak untuk merenjis 1 sudu kecil serbuk cili kering (chili flakes) 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin) 2 biji lemon - potong baji untuk menghidang Bahan Perap (Marinade) 1 sudu kecil serbuk halia / 1/2 in halia segar tumbuk 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili kering 1 sudu kecil serbuk buah pala 3 sudu kecil garam 3 ulas bawang putih - tumbuk 4 sudu besar minyak masak 3 sudu besar kicap cair (light soy sauce) Skewers atau ( lidi satay yang di rendam dalam air sejuk) Cara-cara : Potong daging 2.5cm kiub. Satukan bahan-bahan perap dan gaul rata bersama daging.  Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 1 jam atau seeloknya semalaman supaya daging lebih lembut dan beraroma. Cucuk daging perap dengan skewers atau lidi satay. Bakar di atas bara api (dapur arang) sambil di renjis sedikit minyak.  Sentiasa balik2 kan satay dan tabur sedikit serbuk cili kering dan serbuk jintan putih keti