Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2017

Biskut Mentega / Butter Cookies

Gambar
Biskut Mentega / Butter Cookies Bahan-bahan 230 gm mentega tulin 80 gm gula aising 210 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 1 sudu kecil esen vanila Penyediaan : Kacau mentega dan gula aising dengan senduk kayu hingga lembut.  Masukkan esen vanila. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan kacau hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan ke dalam piping bag bersama nozzle pilihan dan pipe ke atas dulang pembakar yang di alas kertas baking. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak. Biskut Mentega / Butter Cookies

Biskut Kelapa

Gambar
Biskut Kelapa Bahan-bahan 250 gm mentega 200 gm gula kaster 1 kuning telur 1 biji telur (sebutir) 250 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 200 gram kelapa kering, sangai hingga perang, kisar halus Ceri merah atau hijau belah 2 untuk hiasan Kelapa kering Kuning telur untuk sapuan Cara-cara Pukul mentega dan gula hingga lembut.  Masukkan telur dan putar hingga sebati. Masukkan tepung dan kelapa sangai.  Uli menjadi doh. Ambil doh dan bulatkan sebesar ibu jari. Sapu kuning telur dan golekkan di atas kelapa parut. Tekan dengan ceri. Bakar pada suhu 160 C 25 minit. Simpan dalam bekas kedap udara. Biskut Kelapa

Kerabu / Sambal Manga Kelantan

Gambar
Kerabu / Sambal Manga Kelantan Bahan-bahan 4-5 biji buah mempelam atau manga muda, sagat memanjang 2 ekor ikan kembung (bakar ambil isinya) 1 labu bawang merah besar - hiris 4 tangkai cili padi, hiris 1 biji tomato, jika suka, hiris 2 tangkai daun ketumbar jika suka 1/2 cawan santan segar atau santan kotak Gula dan garam secukup rasa Penyediaan : Tumbuk isi ikan bersama sedikit garam dan gula, gaul rata. Gaul bersama manga, hirisan bawang, cili api, tomato dan daun ketumbar. Masukkan santan dan gaul hingga rata. Kerabu ini tidak tahan lama kerana menggunakan santan mentah. Seeloknya gaul santan ketika hendak makan. Kerabu / Sambal Manga Kelantan

Biskut Buah Kana

Gambar
Biskut Buah Kana Bahan-bahan 150 gm mentega 70 gm gula aising 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila 200 gm tepung gandum 70 gm tepung jagung 1/2 sudu teh baking powder Jem strawberry atau yang disukai secukupnya Acuan biskut kana - tabur tepung Menghasilkan 55 biji Penyediaan : Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder.  Ketepikan. Pukul gula, mentega dan kuning telur dengan sudip kayu hingga sebati. Masukkan esen vanila, kacau rata. Masukkan bahan ayak. Uli hingga menjadi doh. Simpan doh di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan buah kana yang ditaburi sedikit tepung. Ketukkan acuan untuk mengeluarkannya dan atur di atas dulang pembakar yang di gris marjerin. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 min atau hingga masak. Biar suam atas redai sebelum disapu jem dan ditangkupkan. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara. Biskut Buah Kana

Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan

Gambar
Nasi Kerabu, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan Bahan-bahan 2 pot beras brasmathi, cuci 30 kuntum bunga telang (ramas dan perah airnya) Air secukupnya sehelai daun pandan Masukkan beras, air bunga dan air, gaul rata, rendam selama 20minit di dalam periuk nasi letrik. Letak daun pandan dan tanak hingga masak. Bahan Sambal Lada 10 tangkai cili padi 2 tangkai cili merah 5 biji limau kasturi 1 sudu besar cuka garam dan gula secukup rasa (Kisar hingga lumat, perasakan dengan garam dan gula) Bahan Sambal Tumis 2 batang serai di ketuk 2 keping asam gelugor 5 cawan santan sederhana pekat garam secukup rasa 2 sudu besar budu 2 sudu besar gula melaka racik Bahan Kisar 10 tangkai cili kering (potong dan rendam dalam air panas, toskan) 2 ulas bawang putih 20 ulas bawang merah (kecil) 1 hiris halia Cara-cara  : Masukkan santan, serai, asam gelugor dan garam ke dalam periuk.  Masak hingga santan pecah minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, budu, garam, gula dan gula melaka secukupnya. R

Laksa Lemak Siam / Thai Laksa

Gambar
Laksa Lemak Siam / Thai Laksa Bahan-bahan  1 kg laksa halus atau 1 paket laksa kering (rebus dan toskan) 5 ekor ikan sardin / kembung /selar (rebus, asingkan isi dan kisar halus) 5 cawan santan cair 3 cawan santan pekat 5 helai daun limau purut (carik-carik) 2 keping asam gelugor Garam dan gula secukupnya Sedikit minyak untuk menumis Bahan Kisar 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 10 tangkai cili kering, buang biji, rendam dulu 5 tangkai cili padi, buang biji 1 sudu teh lada hitam 1 inci kunyit hidup 1 inci lengkuas 1 inci halia 2 batang serai, ambil bahagian putihnya 3 biji buah keras Bahan Ulam - Hiris Kacang panjang Timun Kobis / Daun Salad Daun Selasih Limau Kasturi Bunga Kantan Telur Rebus jika suka Cara-cara: Rebus ikan dengan sedikit air dan asam gelugor.  Asingkan isinya.  Simpan air rebusan dan asam gelugor. Kemudian kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus.  Ketepikan Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan baki