Postingan

Menampilkan postingan dari Oktober, 2014

Lepat / Ketupat Kacang Mata Hitam

Gambar
Lepat / Ketupat Kacang Mata Hitam Sumber : namakucella Bahan-bahan 2 cawan beras pulut - rendam 3-4 jam 1 cawan santan pekat 2 sudu besar kacang mata hitam - rendam 1/2 sudu kecil garam 1 sudu besar gula daun pisang & tali rafia untuk mengikat Cara-cara : 1. Toskan pulut, masukkan ke dalam pengukus.  Letak kacang sebelah tepi pengukus tetapi jangan di gaul dengan pulut.  Kukus bersama sehingga 3/4 masak.  Keluarkan kacang terlebih dahulu, asingkan dari pulut.  Kemudian angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas.  Ketepikan. 2.  Masak santan, garam dan gula hingga gula larut tetapi jangan sampai mendidih. 3. Gaul campuran santan dengan pulut hingga sebati.  Kemudian masukkan kacang kukus tadi dan gaul rata. 4.  Koyak daun pisang anggaran selebar tapak tangan. 5.  Ambil 1 sudu besar pulut berkacang tadi dan bungkus seperti membuat lepat pisang. 6.  Ambil 2 biji lepat yang dah siap dibungkus dan ikat bersama dengan tali rafia dengan kemas. 7.  Masukkan ke dalam periuk, isi dengan air

Kuih Lapis India / Kuih Lapis Ombak

Gambar
Kuih Lapis India / Kuih Lapis Ombak Sumber :  Hesti's Kitchen Bahan-bahan 600 santan pekat 300 gula merah (masak dengan 600 air dn daun pandan) tapis 170gm tepung hunkwee (2 bungkus) 1/2 tin susu pekat manis 8 biji telur A - pukul ringan 1/2 sudu teh garam Loyang 8 in di alas plastik dn di gris Cara-cara : 1.  Panaskan pengukus.  gris loyang dengan minyak dan alas dengan plastik tahan panas.  Gris bahagian dasar dan tepi loyang dengan minyak. 2.  Pukul telur dan santan, masukkan sirap gula merah, tepung hunwee, susu pekat manis dan garam, whisk hingga rata dan tapis. 3.  Panaskan loyang di dalam pengukus selama 5 minit, tuang 1 sendok adunan (120ml) dan kukus selama 5 minit sehingga keras.  Guna api besar semasa mengukus, bagi mendapat lapisan berombak yang lebih jelas. 4.  Kemudian tuang 120ml adunan berikutnya perlahan dari sisi loyang, aduk adunan setiap kali menuang supaya adunan tidak mendap. 5.  Ulangi melapis sehingga habis. 6.  Untuk lapisan terakhir, kukus selama 15-20 min

Kuih Nona Manis

Gambar
Kuih Nona Manis Resepi Asal : Warisan Mama Sumber :  Azlita Aziz & Rujukan : Hesti's Bahan A 1 biji telur B - kocok hingga kembang 1/2 cawan gula halus (125gm) 1 cawan santan KARA (250ml) atau (1/2 cawan santan KARA + 1/2 cawan air) 1 cawan tepung gandum (145gm) Cara :  Dalam bekas, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.  Masukkan telur yang di pukul dan whisk hingga rata dan tidak berketul.  Ketepikan Bahan B 1/2 cawan santan KARA(125ml) 1/2 cawan air pandan (125ml) - (5 helai daun pandan + 1/2 cawan air. Kisar dan tapis) 1/4 cawan gula halus (55gm) 1/4 cawan tepung jagung (30gm) secubit garam (1/4 sudu teh) sedikit pewarna hijau apple sedikit pandan emulco (optional) Cara-cara : 1.  Dalam periuk, Satukan air pandan dan santan.  Kemudian campurkan gula, tepung jagung, garam, pandan emulco (optional) dan sedikit pewarna hijau apple, tambah pewarna jika perlu untuk warna yang lebih menyerlah. 2.  Whisk hingga rata dan tidak berbintil-bintil 3.

Biskut Chocolate Chips Hitam / Black Chocolate Chips Drop Cookies

Gambar
Biskut Chocolate Chips Hitam / Black Chocolate Chips Drop Cookies Bahan A 200gm mentega 50gm shortening 180gm gula perang 50gm gula pasir 1 kuning telur + 1 biji telur Bahan B 280gm tepung gandum 30gm serbuk koko 20gm serbuk koko hitam 30gm susu tepung 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikabonat 100gm chocolate chips 1 sudu teh esen vanila 60gm cornflakes - di ramas kasar 80gm badam cincang - di sangai Hiasan : Oats atau cornflakes - ramas kasar, / gula aising atau colour chips dll Cara-cara : 1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Satukan bersama chocolate chips, badam cincang dan cornflakes. Gaul rata dan ketepikan. 2. Pukul mentega, gula dan gula perang hingga berkrim. Masukkan telur, putar sebati. Masukkan esen vanila putar hingga rata. 3. Masukkan adunan mentega ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. 4. Sudukan doh dan golek dengan oats atau cornflakes hingga bersalut rata. 5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan da