Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2014

Bunga Kobis dan Broccoli Goreng Ala Mamak

Gambar
Bunga Kobis dan Broccoli Goreng Ala Mamak Bahan-bahan 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 biji bunga kobis putih 1/2 biji broccoli 1/2 batang carrot 1 biji cili merah 1 biji cili hijau 1/2 sudu teh biji sawi 1/2 sudu teh jintan halus 1 sudu teh serbuk kunyit - bancuh dengan sedikit air Garam dan perasa secukupnya Minyak untuk menumis Cara-cara : 1.   Hiris nipis bawang merah, bawang putih, cili dan carrot. Potong kecil bunga kobis dan broccoli. 2.  Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi dan jintan halus hingga naik bau. 3.  Masukkan sayur-sayuran dan masak hingga hampir lembut.  Kemudian masukkan bancuhan serbuk kunyit, gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 4.  Masak sebentar hingga agak kering.

Candy Kelapa Chef Thyaga

Gambar
Candy Kelapa Chef Thyaga Recipe from my favourite Chef .. Chef Thyaga Bahan-bahan 500gm kelapa parut putih 500gm susu pekat manis (1 tin) 350gm gula pasir 2 sudu makan minyak sapi atau mentega Pewarna yang di sukai Loyang 11 x 8in di sapu minyak sapi Cara-cara : 1.  Masukkan kelapa, gula dan susu pekat dalam kuali (heavy base), kacau hingga mendidih dan pekat.  Masukkan pewarna dan kacau hingga pekat. 2.  Masukkan minyak sapi dan vanilla, kacau hingga adunan tidak melekat di kuali dan bila di tekan dengan pisau plastik tak melekat (ini kena pandai anggar kalau tidak tak keras) 3.  Masukkan ke dalam loyang, ratakan dan tekan dengan alas plastik hingga padat. 4.  Sejukkan dahulu sebelum di potong. Cara K1, masukkan adunan ke dalam acuan coklat segiempat dan tekan padat, jadi tak payah potong dan saiznya pun sama..  Candy Kelapa Chef Thyaga

Bingka Kacang Dhal / Kuih Bakar Kacang Dhal

Gambar
Bingka Kacang Dhal / Kuih Bakar Kacang Dhal Bahan-bahan 300gm kacang dal 1 cawan air 2 cawan santan pekat 5 biji telur itik 250gm gula melaka / gula thai 50gm gula pasir 20gm tepung gandum 50gm tepung beras 3 sudu besar minyak gorengan bawang Pewarna kuning jika suka Hiasan :  3 ulas bawang merah di jadikan bawang goreng Loyang 9 x 9 di gris dengan minyak gorengan bawang Cara-cara : 1.   Hiris bawang merah dan goreng hingga garing.  Toskan.  Ketepikan 3 sudu besar minyak gorengan bawang untuk di masukkan ke dalam adunan. 2.  Cuci dan rendam kacang dal selama 1/2 Jam.  Kemudian rebus atau kukus hingga lembut. 3.  Masukkan ke dalam pengisar bersama 1 cawan air dan kisar hingga menjadi pes kacang. 4.  Masukkan ke dalam mangkuk besar.  Ketepikan dulu. 5.  Masukkan santan, gula melaka, gula, tepung dan minyak bawang ke dalam pengisar dan kisar hingga gula larut.  Kemudian masukkan telur dan kisar sebentar. Tapis. 6.  Masukkan ke dalam pes kacang tadi dan gaul hingga rata.  Masak seben

Bingka Cempedak / Kuih Bakar Cempedak

Gambar
Bingka Cempedak / Kuih Bakar Cempedak Bahan-bahan 200gm isi cempedak 350ml air 450ml santan KARA 220gm gula pasir 200gm tepung gandum 30gm tepung beras 3 biji telur B 1/4 sudu teh garam 1/4 sudu teh pewarna kuning 2 sudu besar mentega cair Hiasan  : isi cempedak secukupnya Loyang 8in atau acuan kemboja 4 biji di gris dengan mentega cair Cara-cara : 1.  Panaskan oven pada suhu 200C. 2.  Kisar isi cempedak, gula dan air hingga hancur.  Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata dan tidak berketul. 3.  Panaskan acuan yang di gris dengan mentega di atas dapur gas hingga panas.  Tutup api dan tuang  3/4 penuh adunan.  Buka api perlahan dan biarkan sehingga bahagian tepi adunan masak. 4.  Ambil isi cempedak dan letakkan di tepi dan tengah acuan.  Biarkan seketika. 5.  Angkat dan masukkan acuan ke dalam oven dan bakar di rak tengah selama 35 - 40 minit sehingga masak dan atasnya keperangan. 6.   Untuk mengaringkan permukaan atas kuih, tukar fungsi oven kepa

Kek Lapis Cempedak

Gambar
Kek Lapis Cempedak Sumber : Rozzan Bahan A 500g mentega 4 sudu besar susu pekat manis 1 sudu teh esen cempedak - (optional) 1 sudu teh esen vanilla Bahan B 20 kuning telur 5 putih telur 270 gm gula kaster (halus) 1 sudu besar ovallete Bahan C 150 gm tepung Hong Kong / Top 20 gm tepung susu 200 gm puree cempedak* Bahan Puri Cempedak 600 gm  isi cempedak (dibuang biji) 220 gm gula kaster/halus 220 ml air Campurkan semua bahan dan kisar halus. Masak sebentar di atas api sehingga pekat. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.  Sejukkan dahulu, ketepikan 200gm untuk adunan kek. Loyang : 8 x 8 atau 10 x 7.  Alas dan gris dasarnya. Cara-cara  : 1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Ketepikan. 2.  Dalam mangkuk lain, pukul bahan B hingga kembang dan kental, kaup balik ke dalam bahan A hingga rata. 3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kemudian masukkan puri cempedak, kaup balik hingga sebati. 4.  Ambil 6 sudu besar adunan, ratakan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 175C api atas dan bawah selama

Cempedak Goreng

Gambar
Cempedak Goreng Bahan-bahan 100gm tepung beras 50gm tepung jagung 50gm tepung gandum 1 sudu kecil air kapur 1/2 sudu teh garam halus 1 biji telur 250ml air sejuk dari peti ais pewarna kuning atau serbuk kunyit Cempedak secukupnya Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan, gaul dengan tangan hingga menjadi doh yang sederhana pekat. 2.  Jika terlalu pekat, tambah dengan sedikit air. 3.  Panaskan minyak, gaul cempedak dalam adunan dan goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.  Toskan.

Club Sandwich

Gambar
Club Sandwich Bahan-bahan 4 keping roti sandwich - bole di gril jika suka 1 helai daun salad 100gm isi ayam - hiris tipis 1 biji tomato 1/2 biji timun 2 keping keju cheddar 2 keping kepingan daging 2 keping kepingan ayam turkey mentega dan mayonis secukupnya untuk disapu pada roti. Cara-cara : 1.  Gril isi ayam, kepingan daging dan ayam turkey. 2.  Potong bulat tomato dan timun. 3.  Sapu mentega dan mayonis pada setiap kepingan roti. 4.  Susun dan lapiskan kesemua bahan bersama kepingan roti. 5.  Boleh di hidang bersama kentang goreng dan salad. Club Sandwich pelbagai rasa

Jagung Keju Susu

Gambar
Jagung Keju Susu Bahan-bahan 3 biji jagung manis di kupil atau jagung kernel 1 sudu makan mentega 1 sudu makan susu pekat manis Parutan keju cheddar secukupnya. Cara-cara : 1.  Kukus jagung manis selama 20 minit atau hingga masak. 2.  Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama mentega dan susu pekat manis. 3.  Akhir sekali tabur dengan parutan keju cheddar ke atasnya. 4.  Enak di makan ketika masih panas. Jagung Keju Susu